Friday, July 18, 2008

Pengenalan Syarikat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terlebih Dahulu Terima Kasih Diucapkan kerana sudi melayari blog kami.

Armiego One Resources adalah sebuah syarikat milikan penuh bumiputera yang telah memulakan operasinya sejak tahun 2004 secara kecil-kecilan. Dengan bermodalkan kesungguhan dan keazaman yang kental oleh pemiliknya, kini kami telah melangkah setapak demi setapak dengan mempertingkatkan mutu dan pengiktirafan syarikat sebagai kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor dalam kelas "E" yang bertaraf Bumiputera, CIDB G2 dan kami juga berdaftar sebagai pembekal serta memberikan servis perkhidmatan dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang juga bertaraf Bumiputera.

Setelah melalui pelbagai liku dalam selok-belok dunia perniagaan dan cabaran dalam era globalisasi pada hari ini. Kini kami semakin matang untuk terus berusaha dan berdaya saing untuk memartabatkan syarikat kami sebaris dengan syarikat-syarikat lain yang telah menempa nama di pentas perniagaan, baik di dalam maupun di luar negara kita, Malaysia sekalipun.
Buat masa ini Syarikat kami hanya menjalankan kerja kecil-kecilan sahaja. Insyallah berkat usaha yang gigih dari setiap pihak, syarikat ini akan terus mara kehadapan dan terus maju.
..................................................................................................................
Hubungi Kami Disini,
armiego@inbox.com